Assalammualaikum
11hb April 2010, tarikh yg membuatkan aku kekajutan besar dlm hidup ku. Tarikh dimana ujian Allah S.W.T terhadap kami berdua suami isteri. Aku tidak tahu seteguh mana iman ku dan suami ku. Tapi apa yg pasti dihari itu terjadi satu kemalangan dijalan raya yg melibatkan kami mengalami kemalangan sendiri dgn harta kerajaan. Ketika itu kami baru sj pulang dari menghadiri majlis perkahwinan adik biras ku di Lambak Kiri. Kami berdua menggunakan kereta baru adik ku, Nissan Fairlady. Mungkin kereta itu tidak sesuai tapi yg pasti itu lah kehendak Illahi dimana kemalangan tersebut tetap terjadi jua. Kita manusia biasa tidak dpt melarikan diri dari ajal maut atau apa jua kemalangan yg dijanjiNYA terhadap kita. Subahannallah Walhamdulilah Allahu Akbar.
Alhamdulilah, keadaan kami berdua selamat hanya tangan ku cuma sakit sj. Selepas beberapa hari sudah pun pulih. Kami berdua terpaksa ambil cuti emergency keesokkan harinya menguruskan segalanya kebalai polis dan insurans kereta tersebut. That weekend really ....entahlah.
Bukan itu sj yg terjadi dlm keluarga kami. Semalamnya mlm minggu yg indah kami menghadiri jemputan anak kawan my hubby bday. Aku membawa fasya ku bersama. Sejurus sj jam hampir 10pm kami pun pulang dgn memandu kereta lancer. Subahannallah kami pun terkena roadblock. Apa lagi...Kesian kereta lancer terpaksa mlm itu jua di tarik kebalai. Tapi kesian lagi anak ku dari balai till kul 12 mlm baru kami pulang dgn melihat anak ku ketiduran dkereta. Begitu pahit pengalaman anak ku. Ber-umur satu tahun sudah mengalami roadblock. And sekarang kereta lancer terpaksa bertapa drumah sehinggalah dibalikkan semula semua sekali part-partnya ke original.
Roadblock aku tak kesah....apa yg membayangkan dmata ku ialah sebagaiman kami mengalami kemalangan hari minggu itu 11hb April 2010. Masih terbayang didepan mata ku kereta fairlady terpusing gara-gara stering kereta dan tayar linggar. Itu lah kata suami ku. Sehinggalah tayar sebiji tepelanting. Kereta kami terpusing 2 x. Mujurlah kami tidak apa-apa. Dari sana semenjak itu asal malam aku terlalu sukar utk melelapkan mata kerana bayangan tersebut sentiasa menghantui didepan mata ku. Itulah kebesaran Allah S.W.T menunjukkan betapa besarnya Dia menjadikan sesuatu itu. Aku terus sujud syukur tanda aku bersyukur kepadaNYA yg telah menyelamatkan kami dari kemalangan itu.
Bayangan ku masih segar didepan mata. Sejarahnya masih terpahat dijiwa ku. Kesannya masih berbekas didadaku. Aku bersyukur pada Illahi. Aku selalu mengenangkan nasib anak ku yg masih kecil Baru umur 1 tahun.
Ya Allah, berikanlah kami perlindungan. Peliharalah kami dari segala bencana, dari segala kejahatan syaitan yg kejam dan dari segala kejahatan orang-orang yg zalim. Limpahilah pada kami rezeki yg tiada batasnya. Limpahilah pada kami rahmat dari sisi Mu jua. Panjangkanlah umur kami dan panjangkanlah jodoh kami. Tunjukkanlah pada kami jalan yg Engkau redhai. Sesungguhnya Engkau maha mendengar maha pengampun dan maha pemberi yg berlimpah-limpah pemberianNYA. Amin



0 comments:
Catat Ulasan